Hutang ialah membeli sesuatu barangan tanpa bayaran tunai. Oleh itu hutang wajib dibayar walau apa dengan cara sekalipun. Kecuali dihalalkan oleh pemberi hutang.
Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.
Soalan:-
Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,
Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?
Jawapan:-
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor
Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif.
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212
No comments:
Post a Comment