Wednesday, 5 February 2014

Petua dari bomoh handalan tentang kutip hutang

Petua dari bomoh handalan tentang kutip hutang


ayahanda, ayahanda carlos, bayar hutang, cara, carlos, halus, hutang, hutang banyak, hutang tak bayar, kutip, kutip duit, kutip hutang, kutip hutang cara halus, tagih hutang


Sepanjang berniaga sejak beberapa tahun lalu ada beberapa perkara penting tentang hutang yang saya belajar yang patut diketahui oleh semua yang menjalankan perniagaan:


  1. Sebaik-baik perniagaan adalah jenis yang tidak membenarkan pelanggan berhutang. Semua pembelian  perlu dilakukan dalam bentuk tunai. Banyak syarikat pembekalan yang mengamalkan polisi ini sejak mengalami krisis kewangan 1997 lalu.
  2. Jika terpaksa, pastikan anda menetapkan satu polisi hutang yang ketat. Tetapkan kriteria yang rapi pada pelanggan untuk melayakkan mereka berhutang.
  3. Jangan seronok dengan jumlah inbois yang sungguh tebal sedangkan jumlah pelanggan yang melangsaikan inbois tersebut terlalu sedikit.
  4. Tidak guna anda mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM3 juta, sedangkan bayaran yang masuk hanya RM300 ribu. Itu alamat anda akan gulung tikar. Semua itu berpunca daripada tidak ada kawalan kredit.
  5. Jumlah jualan dalam bentuk kredit mestilah tidak mengatasi jumlah jualan tunai sehingga mengganggu perjalanan darah dalam syarikat anda. Darah syarikat anda adalah ‘wang’. Tanpa darah, sehebat manapun syarikat anda, seramai manapun pelanggan anda…semuanya tidak dapat menyelamatkan anda dari gulung tikar!

Mari kita belajar cara kutip hutang yang betul yang diperturunkan oleh seorang Haji yang warak seperti mana yang diceritakan oleh kawan saya yang pergi berjumpa dengan Haji tersebut untuk memohon pertolongan mengutip hutang yang tidak dibayar.

Begini ceritanya…
Ada seorang Haji yang terkenal dengan warak di sebuah kampung di Utara Tanah Air. Ramai yang mengalami masalah kesihatan pergi berjumpa dengannya bagi mendapatkan rawatan.
Dengan izin Allah, ramai yang serasi dengan pertolongan serta usaha Haji tersebut. Mereka pulih baik setelah dirawat atau dijampi oleh haji itu walaupun sebelum itu banyak usaha mereka menemui jalan buntu.

Satu hari, seorang kawan A yang mengalami masalah mata yang hampir buta akibat terkena serpihan batu ketika melakukan kerja memotong rumput di bawa oleh seorang ustaz yang juga merupakan kawan saya.

Mendengar perkhabaran tersebut kawan B menyatakan hasrat ingin turut serta untuk mendapatkan pertolongan dari haji yang warak itu. Kawan B telah ditimpa musibah kemelesetan ekonomi dan perniagaannya telah hancur.

Kawan B mengharapkan agar mereka yang berhutang dengannya sebelum ini dapat melangsaikan hutang agar dapatlah dia memulakan sesuatu dengan sedikit wang yang ada jika mereka membayar padanya.

Maka bertolaklah mereka bertiga, Ustaz, Kawan A dan Kawan B menuju ke rumah penginapan Haji. Sesampainya di sana, kawan A yang hampir buta terlebih dulu menerima rawatan setelah diceritakan bagaimana kejadian berlaku.

Air dijampi dan doa dipohon selayaknya dan selesailah sudah rawatan untuk kawan A. Lalu Haji bertanya:

Haji: Yang ini (menunjukkan pada kawan B) apa masalahnya pulak?

Kawan B: Errr…errr…saya tengah teruk dalam perniagaan. Ada seorang yang berhutang dengan saya tak bayar-bayar. Jadi nak minta tolong dari Tuan Haji agar dia langsaikan hutangnya pada saya.

Haji: Berapa banyak dia hutang kamu?

Kawan B: RM45 ribu!

Haji: Wah! banyak tu!, kamu kenal ka dia?

Kawan B: Kenal sangat, kawan saya.

Haji: Tahu ka kat mana dia tinggal?

Kawan B: Tahu sangat, memang dah kenal lama!

Haji: Kalu macam tu, pergi sajalah minta padanya! dia yang hutang kamu, jadi pergilah minta pada dia. Bukannya datang minta kat saya.

Kawan B: errr…baik Haji. Terima Kasih!

Itulah petua dari yang tepat daripada Haji yang warak tentang kutip hutang. :)

Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Kutip hutang merupakan satu skill bisnes yang amat amat penting

Kutip hutang merupakan satu skill bisnes yang amat amat penting



Ini adalah satu skill yang tidak diajar di business-business school, dan kurang dibincangkan oleh para peniaga. Walau bagaimanapun, tanpa skill mengutip hutang (dalam bahasa yang lebih sopan “accounts receivable management”) yang betul, bisnes anda boleh lingkup terutama jika anda menjalankan bisnes kecil.

Alhamdulillah setakat ini kutipan kami berada pada tahap ~90%, walaupun kadangkala ada hutang yang lambat dibayar.

Orang Melayu mempunyai sikap lemah lembut, pemalu, dan murah hati. Semua sikap ini mulia, tapi jika dibawa ke dalam perniagaan secara tak bertempat, alamat lingkup lah perniagaan dek hutang yang tak terkutip.

Ini adalah beberapa perkara penting mengenai hutang:

1. Jangan beri hutang / credit period untuk orang yang anda segan memintanya.

Jika anda ingin berurusniaga dengan saudara-mara rapat, saudara-mara yang lebih berumur, kawan baik, kawan lama, orang-orang kenamaan, pastikan anda berfikir dua kali sebelum memberi hutang atau credit. Ini kerana jika orang tersebut tidak bayar, anda akan berasa segan untuk memintanya. Segan-segan lama lama jadi hutang lapuk.

2. Hutang mesti direkod dalam bentuk bertulis.

Ini adalah sesuatu yang mesti untuk hutang peribadi (rujuk Al-Baqarah ayat 282 mengenai kepentingan merekod jumlah dan tempoh hutang secara bertulis, walaupun untuk jumlah yang sedikit). Lebih baik jika ada 2 orang saksi terhadap hutang tersebut. Saya agak strict dengan hutang peribadi, sesiapa yang tidak rapat dengan saya yang mahu meminta hutang, saya insist untuk dapatkan 2 saksi yang tandatangan perjanjian itu. Setakat ini semua bayar balik 100% on time. Kecuali dengan kawan-kawan rapat, saya rekod dalam email sahaja. Yang penting ialah merekodkan jumlah dan tempoh hutang.

Kenapa perlu rekod tempoh hutang? Ini kerana sebelum tempoh hutang itu tamat, anda sebagai pemiutang TIDAK BOLEH mengutip hutang, walaupun dengan cara perli atau memberi hint-hint yang halus (“ehem ehem sakan shopping nampak? gaji dah masuk ke?” sebagai contoh). Ingat, jangan mention langsung hutang selagi tempoh hutang tidak tamat. Penghutang mempunyai hak untuk tidak diganggu / “to be left alone” sehingga tempoh hutang.

Lepas habis tempoh hutang? KUTIP!!!!! Call, SMS, email, perli, cakap direct, minta, rayu, marah, pujuk, dsb. Semua cara tersebut adalah valid (yang tak valid ialah cara ah long — simbah cat merah dan kurung dalam kandang anjing). Sebagai pemiutang sekarang adalah hak anda untuk mendapatkan semula wang anda. Kalau anda kesian pun, kesian itu adalah dikira sebagai sedekah. Jika anda bermurah hati memanjangkan tempoh hutang, ini adalah satu amalan mulia dan anda akan mendapat pahala yang banyak. Kalau murah hati lagi, nak burn hutang pun tak apa. Tapi itu semua optional. Jika anda tak murah hati, anda berhak mengutip hutang on time. Jangan malu-malu jangan segan-segan.

Itu semua cerita hutang peribadi. Bagaimana pula dengan hutang bisnes?

Dokumen perjanjian hutang/credit bagi bisnes ialah INVOIS. Di dalam invois mesti diletakkan tempoh hutang, dan orang yang menerima invois mesti faham akan tempoh masa yang diberikan dan apa natijahnya jika tempoh credit tersebut dilanggar.

3. Menuntut hutang dengan swasta / individu

Jika anda berurusan dengan swasta atau individu, sebagai pemiutang anda mempunyai kuasa untuk menuntut hutang anda selepas tamat tempohnya. Anda boleh call setiap hari, email setiap hari, marah penghutang anda, ugut untuk mengambil tindakan peguam, report kepada pihak berkuasa dan macam-macam lagi. Semua tindakan tersebut adalah pilihan anda yang sah. Jangan takut. Kena sedikit ruthless dalam bab ini. Kutip hutang dari swasta dan individu adalah lebih mudah dari kutip hutang dengan kerajaan. Mereka tiada kuasa. Yang mereka boleh buat ialah lari sahaja.

Cuba tengok macamana syarikat besar kutip hutang. Kalau SYABAS tak bayar 2 bulan, mereka akan hantar pink letter, beri amaran potongan bekalan air (walaupun yang tertunggak cuma RM 50). Kalau Maxis terlewat bayar sebulan, kena block line. Kalau tak bayar 3 bulan, dapat letter dari collection agency, ugut untuk ambil tindakan undang-undang. Kalau Astro tak bayar 2 bulan, kena block. Anda juga kena ikut contoh mereka ini. Jangan beri muka sangat kepada orang yang lambat bayar hutang. Siapa culas, pulas telinga mereka.

4. Menuntut hutang dengan kerajaan

Bagaimana dengan kerajaan? Yang ini memang membengangkan. Kalau agensi kerajaan/kementerian bayar lambat, kerani kewangan keluar macam2 alasan yang tak munasabah: “HQ belum reply”, “duit peruntukan belum masuk”, “invois silap tarikh”, “invois tak ada sign” (jahil betul, invois mana ada sign, mana lah kerani-kerani ni belajar. Cuba faham apa itu invoice: http://en.wikipedia.org/wiki/Invoice), “dokumen tak ikut format” dan pelbagai lagi alasan yang dibuat kononnya untuk mengikut prosedur. Apakan daya, mereka hanya lah kerani yang menurut perintah. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh.

Invois yang anda keluarkan seumpama tak ada makna kalau berurusan dengan kerajaan. Kalau kita tulis bayaran sepatutnya settle 2 minggu after delivery date dalam invois, agensi kerajaan ini akan bayar suka hati bila mereka mahu. Tak ada tindakan boleh diambil, dan ini lah yang menyebabkan ramai peniaga frust bila berurusan dengan kerajaan. Kadangkala kerani pula yang marah kita bila kita selalu call.

Jadi bagaimana? Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan (ini semua mengikut pengalaman saya, follow these at your own peril):

a) Jangan berurusan dengan kerani kewangan berkenaan hal bayaran. Mereka ini cuma robot sahaja. Berurusan dengan pegawai yang jaga duit, kalau lebih baik lagi pengarah mereka.

b) Jangan malu-malu. Call, SMS, email, hantar surat setiap hari atau setiap 2 hari menuntut hak anda. Beri petunjuk bahawa anda tak akan berhenti menghubungi mereka walau apa jua alasan yang diberi. Biar sampai mereka fed-up tak mahu bercakap dengan anda, atau menggunakan kata-kata kesat pada anda. Jika sampai peringkat itu, lapor kepada boss mereka. Orang kerajaan ni takut kalau client mereka (i.e. rakyat) buat laporan yang boleh memberi kesan pada karier mereka.

c) Buat surat rasmi/email dan cc kan kepada semua orang di atas chain of command pegawai tersebut (pengarah, ketua pengarah, kalau boleh menteri sekali). Orang-orang atas tu takkan baca pun, tapi ini cukup untuk menggerunkan hati pegawai kerajaan yang mendewa-dewakan hierarki itu.

d) Kalau nak power lagi, ambil surat tersebut (bahagian (c)) dan beratur di service center ADUN anda ketika YB datang ke service center (selalunya hari Selasa). Minta beliau signkan sokongan beliau, tak sampai 5 saat pun. ADUN yang baik biasanya tak kisah sign surat-surat macam ini. Tujuannya bukanlah untuk meminta tolong ADUN sangat tapi tak menggerunkan pegawai kerajaan yang suka melengah-lengahkan proses. Mereka ni cuak kalau ada sign Dato itu Dato ni. (Note: hanya berkesan dengan ADUN Barisan Nasional sahaja.)

e) Jangan terima apa-apa alasan. Kalau mereka beri 1001 alasan, pastikan anda bercakap telefon dengan mereka selama 15-30 minit, bangkang segala alasan mereka dan buang masa mereka supaya mereka tension dan tertekan. Mereka ni suka tolak-tolak tanggungjawab pada orang lain — HQ tak approve, bos belum sign, duit tak masuk lagi, bahagian kewangan tak meeting lagi — seakan-akan mereka sahaja yang betul. Bangkang semua alasan mereka, dan tujukan api kemarahan anda kepada pegawai yang menjaga bahagian payment. Apa guna belas kasihan dalam menuntut hak anda. Let them know you mean business.

f) Bercakap dengan penolong pengarah/pengarah dan ugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Walaupun berkemungkinan mereka tidak layan, tapi mereka akan merasa sedikit gerun terutamanya jika mereka hampir pencen atau hampir naik pangkat (mereka cuba untuk elak apa-apa masalah). Taktik ini mungkin kurang berkesan, tapi boleh dicuba.

g) (yg ni jahat sikit heheh) Kalau anda berurusan dengan pegawai Melayu (99%), cara paling efektif ialah memainkan sentimen agama dan bangsa. Cakap lah something like “kalau tak bayar jugak minggu ni, saya taknak terima apa-apa bayaran pun, saya tuntut kat akhirat nanti” kekeke kalau pegawai tu jenis pak lebai sikit, sure dia menggeletar takut. Atau kalau nak guna sentimen bangsa, cakap something like “inilah dia kerajaan, orang melayu nak meniaga, kerajaan lah yang bagi lingkup sebab taknak bayar”. Ini taktik yang boleh dikatakan kotor, again, use it at your own peril.

h) Kalau tak dapat-dapat jugak, atau bayaran lambat yang melampau (lebih 1 tahun), jangan malu jangan segan, jumpa lawyer. Lawyer sure seronok ambil kes ini, especially jika dokumen seperti LO sudah dikeluarkan. Saman agensi tersebut dengan jumlah 5x bayaran yang dituntut untuk cover court cost, lawyer fee, opportunity cost, interest, etc. Bila mereka ni dapat panggilan lawyer atau surat mahkamah, confirm mereka panik dan akan cepat bayar. Kalau tak insaf juga, let the courts decide.

i) (tambahan, tips dari kawan saya Johan) Kalau penghutang bayar lambat, cakap kat dia mintak tolong bayar cepat sebab ahlong dah mintak duit daripada saya…tolonglah encik…kekekeke…sure mereka simpati.

__________________

Saya menggalakkan cara-cara yang radikal dan agresif dan confrontational dalam mengutip hutang. Elakkan perasaan malu, segan, murah hati, dalam menuntut hak anda sebagai entiti perniagaan. Cadangan-cadangan saya ini agak berat untuk diterima sesetengah orang kerana saya menggalakkan konflik. Walau bagaimanapun, orang-orang lama dalam perniagaan sudah pasti bersetuju dengan saya.

Cadangan-cadangan ini ditulis mengikut pengalaman saya sahaja kerana cara lemah-lembut dan murah hati tidak berkesan dan akan menyebabkan anda mudah dipijak oleh orang lain. Kita kena bersifat tegas dalam menuntut hak kita. Hutang atau receivable adalah 100% hak kita, dan apa jua cara yang digunakan, lembut atau keras (tapi tak sekeras ahlong), adalah sah. Orang yang bermurah hati akan berkata “ish, takkan nak kutip hutang sampai camtu sekali, nanti customer lari”. Jawapan saya: lebih elok customer sekali tapi bayar hutang full, daripada repeat customer yang tak bayar hutang. Anda menjalankan perniagaan bukannya charity.


Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Monday, 3 February 2014

Kutip hutang pinjaman peribadi RM91.2 bilion



KUALA LUMPUR 13 Ogos - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), akan mengutip hutang pinjaman peribadi sebanyak RM91.2 bilion daripada dua juta ahli peminjam setakat 30 Jun 2013.

Tempoh kutipan yang diamanahkan kepada Angkasa adalah sehingga 20 tahun, kata Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Menurut beliau, hampir 90 peratus daripada pemegang akaun pinjaman peribadi merupakan kakitangan kerajaan.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengutip semula hutang pinjaman peribadi kerana sistem kutipan adalah berdasarkan skim potongan gaji.

"Proses kutipan berjalan lancar dan kadar peratusan hutang tidak berbayar (NPL) setakat ini amat kecil iaitu di bawah dua peratus,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Angkasa kini memiliki lapan juta ahli daripada kira-kira 6,000 buah syarikat koperasi yang berdaftar dalam negara.

Syarikat koperasi itu menjangkakan untuk memperoleh 85 peratus keahlian dalam kalangan syarikat-syarikat koperasi yang berdaftar di Malaysia.

Setakat ini, Angkasa berjaya mencapai 60 peratus keahlian daripada 10,500 syarikat-syarikat koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Angkasa juga diberi tanggungjawab untuk mengutip hutang pinjaman peribadi lebih 300 buah syarikat koperasi yang menjalankan aktiviti kredit.

Ketika ditanya mengenai perancangan Angkasa yang akan menubuhkan sebuah bank koperasi seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), tambah Abdul Fattah, pihaknya menyasarkan ahlinya, Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (Kopsya) bakal menjadi sebuah bank menjelang 2015.

Kopsya merupakan syarikat koperasi yang menawarkan perkhidmatan kredit dan pembiayaan kepada para ahli-ahlinya.

"Kopsya setakat ini telah menawarkan skim musyarakah mutanaqisah yang berlandaskan syariah. Jadi, Kopsya mungkin akan berkembang sebagai sebuah bank yang menawarkan perkhidmatan dan kewangan Islam,'' ujarnya.

Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Sunday, 2 February 2014

Psssttttttt.... ada cara tak macammana nak tagih hutang???

Dipetik dari http://dwaty85.blogspot.com



Entri kali ni aku nak minta khidmat pakar... sape??? korgla!!!! siapa lagi.... lagi2 yang ALONG tu!!! nasihat sangat2 diperlukan.... ANGAH pun boleh juga.... hehehe.... Eh!! korg jangan pikir yang bukan2 pulak.... aku tak maksudkan AH LONG tuuuuuutt!!! "wa tak main la potong2 tangan ni!!! wa bagi pinjam cara baik... wa mau dia kasi pulang pun mesti cara baik maaaaa!!!" tapi masalahnya sekarang ni, aku dah minta cara baik... siap bagi masa lebih lagi dan dia plak janji akan bayar lebih awal... tempoh dah pun tamat tapi sampai sekarang tak bayar lagi!!! huhuhu


Aku ni pulak jenis yang malas nak minta berulang2 kali... kalau adik beradik belakang kira!!! abg pinjam duit, aku tagih cara halus... minta dia belanja makan, beli itu ini... dah settle!!! yang lebih @ kurang kira halal la.... tapi yang ni sepupu sendiri... mak bapak dia dah banyak tolong family aku  dari pelbagai sudut.... tu yang segan nak minta!!!


Tak minta susah... Nak minta pun susah!!!! that why la aku nak minta pendapat korg yang berpengalaman dalam menagih hutang ni.... yang berpengalaman nak pinjam duit... khidmat korg tak diperlukan disini... harap maklum!!!... berbalik pada isu tadi.... sepupu aku tu  pinjam tak banyak mana pun.... tapi duit juga tu.... aku ni bukannya kedukut pun tapi... "macamana nak kaya kalau tak kedekut" bak kata MAN RAJALAWAK.... aku tak kata....


kadang2 tu aku geramla dengan peminjam2 ni... masa dia nak pinjam... mulut manis semanis2nya... jumpa plak aku yang mudah sangat kesian kat org !!! aku bagila!!! (alamak kantoi)... bila dia dah dapat.... 'habis madu sepah dibuang'.... eh silap pribahasa daaaa.... peribahasa apa ya yang sesuai dengan org2 macam ni???? Ahhhhh lantak pi la... yang aku tahu org2 macam ni kalau dah dapat duit tu.... dia akan cuba jauhkan diri dia dari kita!!! ada juga boleh buat derk jer.... macam takde apa2 yang berlaku.... macam tak pernah pinjam.... sorry naik lorry la wei... aku ni walaupun pelupa tapi kalau kes macam ni ... aku tak pernah lupa tau even dah bertahun2 lamanya... 


actually, ini bukan kali pertama... sebelum ni, ada jugak member yang pinjam... sampai sekarang pun tak bayar lagi... tapi aku dah HALALkan dah... coz, masa dia pinjam tu pun, nampak sangat kritikal... sekarang dia dah OK tapi aku tak taula dia masih ingat ker tak!!!... biar jer ler..  'barang yang lepas jangan dikenang'... TAPI yang ni aku tak boleh biarkan!!!!.... so, korg ada IDEA paling BERNAS tak, macamana nak tagih hutang???... kalau boleh IDEA yang KAW-KAW!!! yang confirm dia akan bayar punya!!! cecite... cekongsi...


Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Saturday, 1 February 2014

Gara-Gara Tagih Hutang, Peniaga Cedera Dalam Pergaduhan


MARANG: Gara-gara menagih hutang lama, seorang peniaga cedera di kepala setelah terbabit dalam pergaduhan di Kampung Wakaf Tapai di sini Rabu.
Pergaduhan kira-kira pukul 9 pagi itu tercetus selepas peniaga itu menagih hutangnya daripada lelaki berusia 64 tahun yang sedang minum di sebuah warung di kampung berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata peniaga berusia 53 tahun dari Kampung Wakaf Tapai itu mengalami kecederaan di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Manakala lelaki (didakwa berhutang dan juga seorang peniaga) hanya mengalami kecederaan ringan di jari dan kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi Khamis.
Menurutnya siasatan awal mendapati insiden itu tercetus akibat hutang empat tahun lalu yang didakwa berjumlah kira-kira RM25,000 dan siasatan masih dijalankan. - BERNAMA
Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Monday, 27 January 2014

Soal Jawab Agama : Hukum Orang Yang Sengaja Tidak Membayar Hutang | Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Sekadar Renungan.



Hutang ialah membeli sesuatu barangan tanpa bayaran tunai. Oleh itu hutang wajib dibayar walau apa dengan cara sekalipun. Kecuali dihalalkan oleh pemberi hutang.

Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.





Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,

Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?


Jawapan:-

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.

iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.

iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.

(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor


Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Wednesday, 15 January 2014

Cara Membayar Hutang dengan Pendekatan Spiritual.





1 . Cadangan saya untuk yang punyai banyak hutang , Fokuskan doanya pada satu perkara sahaja iaitu rezeki yang berkat dan melimpah . Doa lain sudah ada dalam solat jadi lakukan saja doa yang Fokus agar Tuhan berkehendak memberi keberkatan rezeki dan mampu menjelaskan semuanya .

FOKUS dalam DOA adalah Kuncinya . Semakin Fokus dan Menyerahkan Diri dalam urusan rezeki padaNya , semakin banyak peluang dan kesempatan yang terbuka dan kadang , ia hadir dengan cara yang tak disangka sangka .

' Yang bertakwa padaKu akan Kudatangkan rezeki dari segala arah dengan cara yang tidak disangka sangka '


2 . Semakin yakin bahawa terlalu banyak pengetahuan malah boleh menghalang terjadinya keajaiban .

Dalam ajaran Agama sudah banyak hal hal hebat yang dipaparkan . Marketing yang hebat untuk ilmu ilmu luar membuat cahayanya hilang dan nyatanya , banyak yang menggunakan itu dan belum juga berjaya .

Alhamdulillah problem apapun selesai saat sudah berserah diri.

Mau bayar hutang lunas semuanya ? Kembalilah pada Tuhanmu , Yang Maha Kaya Raya lagi Maha Berlimpah , tiada batasnya . Ini ajaran klasik dan tidak sejuk sama sekali tapi jangan tanya keberkesanannya kerana sentiasa berjaya untuk saya dan pengamalnya


3 . Alhamdulillah , dapat berita gembira . Seorang sahabat akhirnya berjaya membayar hutangnya yang 3 bilion dan sekarang tinggal sisa .

Rahsianya ?

Cuman 1 iaitu Kekuatan TAUHID yang Full Power . Hampir serupa dengan kaedah saya waktu punya hutang and rasanya tak sanggup bayar dulu . Kalau memang sudah Kun ya Fayakun .

Jadi ! Ya pasti Berlaku ! Tuhan tidak dikuasai oleh Ruang dan Waktu , kalau IA sudah berkehendak hutang terbayar cepat dan dapat rezeki banyak , maka tak ada sesiapa yang boleh menghalang .


4 . Jangan ceritakan hutang anda kecuali anda yakin kalau orang yang anda ceritakan itu boleh menyokong anda . Kerana kalau tidak , ia akan tahu kelemahan anda dan bahkan boleh merendahkan anda.Ini akan melemahkan anda dan anda akan semakin susah bayar hutang .

Bayar hutang ( lebih-lebih lagi banyak ) memerlukan stamina fizikal dan mental yang tinggi . Jangan buang masa bersama orang orang yang berisiko tinggi menjatuhkan anda .

Kalau tak ada tempat untuk cerita maka ceritakan semuanya pada Allah saja . Sudah teruji oleh saya dan banyak sekali orang lain .

Saat cerita pada manusia ( secara umum ) mereka cenderung merendahkan . Tapi saat cerita pada Allah dan memohon petunjuk , pertolongan dan minta agar hati didamaikan , maka hal itulah yang akan terjadi .


5 . Pernah suatu masa ( masih berhuutang dan merasa tak boleh bayar ) , Debt Collector datang dan saya tak punya wang yang cukup untuk membayarnya . Hanya 2000 kalau tak salah ingat . Lalu saya katakan apa adanya pada Collector ' Maaf , saya bukannya tak mau bayar tapi duit saya cuma begini .. '

Jawabnya ' Ya tidak mengapa, yang penting ada sebahagian , abang mau tambahan waktu biar lebih mudah membayarnya ? '

Mendengar tawaran itu saya jadi lega dan masa untuk bayar jadi lebih banyak . Strategi ini tidak pernah gagal . Yang penting jangan lari dan hadapi serta katakan apa adanya . Juga berusaha menunjukkan niat baik untuk membayar kewajiban itu .


Jujur dan Niat Baik adalah kunci utama dalam pemberesan Hutang :)

6.Waktu saya punya hutang dulu , satu perkara yang membuat saya habis habisan agar boleh membayarnya secepat mungkin adalah sebuah Hadis yang pernah saya baca yang kira kira berbunyi :

' Seorang lelaki bertanya pada Rasulullah : Ya Rasulullah , apakah benar kiranya seorang yang berjihad fi sabilillaah itu diampuni semua dosanya dan diberikan syurga ? '

' jawab Nabi : Ya , kecuali mereka yang masih berhutang .. '

Saya membayangkan bagaimana kalau nyawa saya diambil sementara hutang belum dibayar ? Padahal yang berjihad sampai mati saja boleh tertahan masuk syurga , apalagi yang amalannya serba sedikit seperti saya ?

Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212