Monday, 30 December 2013

Islam Saran Kutip Hutang Cara Baik, Bayar Bila Mampu Oleh Masmawi Abdullah

FIRMAN Allah bermaksud: Jika dia (yang berhutang) dalam kesempitan, maka tunggulah sehingga lapang dan dijadikan sedekah adalah lebih baik lagi bagi kamu jika kamu mengetahui.(Surah al-Baqarah, ayat 280)

Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)

Diriwayatkan, seorang lelaki ditimpa bencana. Hasil tanamannya tidak menjadi hingga hutangnya keliling pinggang. Rasulullah SAW bersabda:  Bersedekahlah kamu kepadanya.


Syariat Islam menghendaki supaya berlemah lembut dengan orang berhutang. Oleh itu, kita dapati bahawa tuan punya Mursyid al-Hayran menetapkan pada 164 masihi bahawa: Jika seorang pemilik mempunyai hutang yang sabit, syarak mengharuskan supaya mengambil dari miliknya yang lebih daripada kadar keperluan harian asasi seperti tempat tinggal.


Jika ia tidak mempunyai harta seumpama ia berhutang mengikut syarak itu, hendaklah dijual mengikut ketetapan undang-undang, jika dia tidak mahu menjualnya sendiri untuk membayar hutangnya menurut harga jualannya itu.


Malah, dalam Islam juga boleh sampai ke peringkat melucutkan hak milik daripada tuannya jika disalahgunakan haknya dan jika tidak ada jalan lain untuk menghalang perbuatan itu.


Rasulullah SAW mempraktikkan dasar ini kepada Samrah Ibn Jundub yang mempunyai sepohon kurma dalam kebun seorang lelaki Kristian. Samrah sering keluar masuk ke kebun orang Kristian itu bersama-sama keluarganya sehingga menyusahkan tuan kebun itu.


Lalu tuan kebun mengadu kepada Rasulullah SAW. Samrah dipanggil dan Rasulullah bersabda kepadanya: Juallah pokok kurma awak. Dia enggan menjualnya. Maka Rasulullah SAW menyuruh supaya memotong pokok kurma itu.


Rasulullah SAW berkata: Berikanlah kepada orang (Kristian) itu, kamu akan mendapat pokok seumpama itu di syurga nanti. Dia juga menolak. Rasulullah SAW berkata: Awak telah membawa kemudaratan iaitu mencari kemudaratan orang lain. Kemudian Nabi SAW bersabda kepada pemilik kebun itu: Pergilah kamu dan tebang pokok kurmanya.


Dhahhak Ibn Khalifah al-Ansari mempunyai sebidang tanah yang tidak boleh dimasuki air kecuali dengan mengalirkan air itu melalui kebun Muhammad Ibn Maslamah. Maslamah enggan membenarkan saliran air melalui kebunnya.


Dhahhak mengadu kepada Saidina Umar al Kattab yang menegur Maslamah dan berkata kepadanya: Adakah timbul apa-apa mudarat jika dialirkan air melalui kebun engkau? Maslamah menjawab: Tidak. Saidina Umar menambah: Demi Allah jika tidak ada saluran untuk mengalirkan air kecuali perut engkau aku akan alirkannya juga.


Islam juga tidak mengharuskan pemilik tanah mengosongkan tanahnya jika itu akan merosakkan kepentingan awam. Rasulullah SAW memberikan sebidang tanah Al-Aqiqi yang berhampiran dengan Madinah kepada Bilal Ibn al-Harith al-Muzani.


Kemudian dia tidak berupaya untuk membangunkan semua tanahnya. Selepas Umar dilantik menjadi Khalifah, beliau berkata kepada Bilal:  Wahai Bilal, kamu sudah diberi sebidang tanah yang luas oleh Rasulullah SAW dan Baginda tidak menghalang untuk bertanya sesuatu dan engkau mengusahakan apa yang menjadi milikmu. Dia menjawab: Ya benar.


Umar berkata lagi: Lihat di kawasan mana yang kamu mampu mengusahakannya, kamu peganglah ia dan kawasan yang tidak kamu mampu untuk mengusahakannya, maka serahkanlah balik kepada kita dari dibahagi-bahagikan kepada orang Islam.


Bilal menjawab: Aku tidak akan melepaskannya! Demi Allah, Rasulullah sudah memperuntukkannya kepadaku. Umar menjawab: Kami akan jalankan usaha itu, iaitu aku akan mengambil bahagian yang kamu tidak mampu mengusahakannya dan akan kami mengagihkannya kepada orang Islam.


Umar meriwayatkan bahawa sesiapa yang memiliki tanah kemudian dibiarkan selama tiga tahun tanpa diusahakan kemudian datang orang lain menghidupkan tanah itu, maka orang itu lebih berhak daripadanya.


Justeru dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, eloklah si pemberi hutang mengutip hutang dengan cara baik dan tidak menyusahkan si penerima hutang. Si penerima hutang pula harus membayar hutang apabila berkemampuan menunaikannya.




Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Friday, 6 December 2013

Puisi Hutang oleh Al Hidayah Rosli




aku aku aku dan aku
dengan hutang aku jgnlah sebut pasai pakaian baru
dengan hutang aku jgnlah sebut pasai almari baru
dengan hutang aku jgnlah sebut pasal katil baru
dengan hutang aku tabah membayar kerana perlu bekerja, makan dan hidup. Well sebulan gaji saja dah habis sebb hutang dan repair keta (tayar pon dah meletup)... hmmmm T~T bulan ni kena OT byk sebb bulan depan dapat gaji kena byr dua kali ganda hutang ... aku OT sebb nak jimat letrik kat umah habis keja balik solat, ngaji dan tido :I ... bulan ni habis gaji InSYaAllah simpanlah 20sen, 50sen, 1 hinggit pon jadilah asalkn simpan...hmmm :I ...syukur alhamdulillah sakit pon dah semakin kurang, lelah dah ok so kena keja kuat blik InSYaAllah

Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. 
Dalam Malaysia dan luar negara.
Polisi kami RM100K keatas sahaja.
Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212

Tuesday, 15 October 2013

Khidmat Kutip Hutang Cara Efektif



Kami berpengalaman khidmat kutip hutang cara halus. Cara seni. Efektif. Dalam Malaysia dan luar negara.

Polisi kami RM100K keatas sahaja.

Untuk deal lebih lanjut SMS 'HUTANG' ke 0189147212